April 27, 2011

pemergian

April 27, 2011

Hai Alls..

Ape yg aku nak share nih, memang susah sangat aku nak hadap. dah setahun kot.. tak berusik² hati aku nk post kan. dan hari nih.. aku ceritakan semuanya.. yang cukup buat hidup aku berubah.. hampir seluruhnya.. Ini satu permulaan.. dan ini juga satu pengakhiran.. sebuah cerita..


::February 20, 2011::
..."cepatnya nak balik, arini kan sabtu.. dah petang nih, esok jer lah".. abahku bersuara.
.."hurm, dah beli tiket. lagipun ade keje xsiap lagi".. terang aku.
."ermmm.. hati². sampai telefon". abahku hilang dari pandangan mataku.

::Mac 03, 2010::
9.00pm
Selesai makan bersama rumet² yang balik untuk hantar report, aku segera turun. teringat janji pada teman yang mengajak aku main badminton. turun saje, ok ade teman main bersamanya, aku pun duduk² saje memandangkan perut pun kenyang lagi.


9.30pm
Entah macam mane hati aku tergerak untuk call keluarga dikampung. lama kiranya aku tak dengar khabar berita. sibuk dengan presentation psm 1 ku.
...." hello mak..".... satu persatu aku dengar. satu persatu arahan juga aku terima.
.."abah demam".."semua ade".."ambulans baru sampai".."nanti call balik"..

aku cukup xtau nak buat ape. aku call kakak itu kakak ini. mesej kakak sana kakak sini. takde jawapan. panik. aku perlu buat keputusan. balik atau tak. kampus pekan bukan dekat kalau aku attend kuliah esok.

10.30pm
Ok, aku nak balik. Segera aku berjumpa teman yang lain untuk pulangkan cd. Aku naik bilik, mencari teman untuk menghentikan kekalutan. tapi sayang.. takde. Aku teruskan. balun siapkan semua yang patut. assignment, work group. Semua akan aku submit esok pagi. Takde ape yang aku pikirkan. Masalah semua, sila ketepi. Aku takde mase nak pikir soal itu. Assignment, tiket, teksi, abah. Biar sendiri, itu lebih penting. Handphone aku xhenti² dering. ape pn, aku tetap balik.. itu kata hatiku.


::Mac 04, 2010::
12.30am
Aku perlukan seseorang utk kongsi ini semua. tapi aku tak daya. masing² terlalu sibuk dengan life masing². Sampai satu saat, teman ku perasan aku lain. Sume aku ceritakan. tak kisahlah kau siapa, aku perlukan kekuatan.

04.30am
Aku perlu tido. Semua dah aku siapkan. Cuma perlukan teman untuk aku pass semua ini. Baju aku perlu basuh. Mungkin lame aku balik kali ini. Aku perlu kemas semua. Esok, rumet2 ku juga akan pulang.

06.30am
.."tolong hantarkan keje² nih. saya dh siapkan part saya. saya penat. saya nak naik. kejap lagi saya bertolak balik. thanks a lot. bye"... pesan pada teman. itu saje yang aku mampu katakan. mungkin penat.

07.30am
.."Pakcik Muslim, sorry saya lambat. terminal yer pakcik".. teksi yang telah aku telefon seawal pagi. ini saje jalan yang aku nampak. aku bukan orang senang yang mampu terbang di saat genting ini. aku juga tiada sape yang nak diharapkan untuk ini semua.

08.15am
Bus yang ade 9.00 am. tanpa fikir panjang aku beli. sambil tunggu, ingat pesan teman yang jadi mangsa keadaan mendengar segalanya awl pagi semalam.. "jangan lupa breakfast".. walaupun tak daya, tak lalu.. aku telan juga roti canai, teh ais tu.. Hphone bunyi, aku cukup cuak. .."tiket pukul berapa".. "9 jap lagi".. "tak de yang lagi cepat?".."takde lah".. nada yang cukup wat batinku terseksa. aku tenangkan juga hati ini

09.00am
Perjalanan yang cukup lambat bagiku. Sekali lagi handphone aku berdering..
.." kat mane?"..
.."dalam bus. kenapa? abah macam mane?"..
.."takde ape, sampai nanti bgtau k"..
aku betul² tak sedap hati. ade yang disembunyikan. tak putus hati aku berdoa sama seperti tak putus air mata yang mengalir ntah sejak bila.

10.00am
handphone lagi...kali ini sms.. "redha yer mi"..
terus aku dail no. tu
.."kenapa ni? abah macam mane? tlg la cakap."..
.."doktor cakap abah dah takde harapan. apa jadi redha yer mi"..
Ya Allah.. tak tertahan lagi aku.. mungkin 1 bus lihat aku menangis.
sms ke -2.. "kat mane dah?.. mane tempat ley berenti cepat?".. "tol gombak"..
usaha aku mencari info teksi di tol gombak tidak ade hasilnye. aku nekad. turun disitu.

12.30pm
.."Pakcik, saya nak turun depan nih.." arah ku pada si driver bus.
.." kak, saya dah sampai tol.".. sambil aku menanti penuh harapan. Harap aku jumpe abah.

12.40pm
.."kau kat mane ni mi? tak nampak pun.."..
Ya Allah, makin tak tertanggung aku tekanan ini.

12.45pm
Ada kereta yang berhenti didepan ku. aku masuk. kakak ku dah menangis². Aku tak paham. Handphone disisi ku berdering.. "mi, abah dah takde..redha yer"..

Lemah. longlai. aku betul² tak berdaya. tangisan. jeritan. semuanya. aku tak sempat!

13.00pm
.."ayah saya dah takde".. hanya itu yang sempat aku hantar ke beberapa teman. aku tak mampu fikirkan ape² lagi. cukup disitu. hanya panggilan yang aku terima. tiada sebarang reply mesej yang berantai aku hantar. maaf kalian, aku perlukan kekuatan bukan soalan bertubi².

13.20pm
Jelas. Mak, kakak yang lain² sudah berada diluar bilik mayat. Keluar sahaja terus aku sujud dikaki mak ku. .."abah dah takde mi".. perasaan aku cukup haru-biru. air mata. kekesalan.semuanya.

melihat wajah arwah abah ku.. aku tak dapat menahan sebak. aku peluk, cium. terus memeluk meraung ke arah mak ku. ternyata. ini kenyataan. dan aku tak dapat menerimanya. semua yang ada mententeramkan ku.

Aku cuba gagahkan diri. berada didalam van jenazah, sampai kerumah. penuh minda ku harap semuanya lancar untuk penghormatan terakhir abahku.

14.00pm
Sampai saje rumah, penuh halamanku dengan jiran². dan aku? masih berpakaian tadi. itu dan ini. semua perlu dilakukan. aku cuba bertindak tenang. walaupun bacaan yasin ku cukup tak keruan.

15.30pm
Al-fatihah. dan ini penghormatan terakhir untuknya. cukup tenang wajah arwah. .."abah, saya minta maaf".. perkataan terkahir pada kucupan terakhir itu.

18.30pm
Selesai. Majlis Tahlil pada isyak nanti. aku cuba mencari kekuatan, cuba mencari seseorang utk aku kongsikan semuanya.. ternyata aku masih sendiri. Hanya tuhan yang tahu bagaimana tertekannya aku pada ketika itu. Aku Redha..

-Cukup disini aku akhiri. Tak tertanggung seksa untuk aku sambung. Tak tertanggung juga air mata yang mengalir deras ini.

Untuk Arwah Abah, semoga diampunkan segala dosanya. ditempat dikalangan orang² yang beriman disisi penciptaNya..


No comments: