April 27, 2011

pemergian

April 27, 2011

Hai Alls..

Ape yg aku nak share nih, memang susah sangat aku nak hadap. dah setahun kot.. tak berusik² hati aku nk post kan. dan hari nih.. aku ceritakan semuanya.. yang cukup buat hidup aku berubah.. hampir seluruhnya.. Ini satu permulaan.. dan ini juga satu pengakhiran.. sebuah cerita..


::February 20, 2011::
..."cepatnya nak balik, arini kan sabtu.. dah petang nih, esok jer lah".. abahku bersuara.
.."hurm, dah beli tiket. lagipun ade keje xsiap lagi".. terang aku.
."ermmm.. hati². sampai telefon". abahku hilang dari pandangan mataku.

::Mac 03, 2010::
9.00pm
Selesai makan bersama rumet² yang balik untuk hantar report, aku segera turun. teringat janji pada teman yang mengajak aku main badminton. turun saje, ok ade teman main bersamanya, aku pun duduk² saje memandangkan perut pun kenyang lagi.


9.30pm
Entah macam mane hati aku tergerak untuk call keluarga dikampung. lama kiranya aku tak dengar khabar berita. sibuk dengan presentation psm 1 ku.
...." hello mak..".... satu persatu aku dengar. satu persatu arahan juga aku terima.
.."abah demam".."semua ade".."ambulans baru sampai".."nanti call balik"..

aku cukup xtau nak buat ape. aku call kakak itu kakak ini. mesej kakak sana kakak sini. takde jawapan. panik. aku perlu buat keputusan. balik atau tak. kampus pekan bukan dekat kalau aku attend kuliah esok.

10.30pm
Ok, aku nak balik. Segera aku berjumpa teman yang lain untuk pulangkan cd. Aku naik bilik, mencari teman untuk menghentikan kekalutan. tapi sayang.. takde. Aku teruskan. balun siapkan semua yang patut. assignment, work group. Semua akan aku submit esok pagi. Takde ape yang aku pikirkan. Masalah semua, sila ketepi. Aku takde mase nak pikir soal itu. Assignment, tiket, teksi, abah. Biar sendiri, itu lebih penting. Handphone aku xhenti² dering. ape pn, aku tetap balik.. itu kata hatiku.


::Mac 04, 2010::
12.30am
Aku perlukan seseorang utk kongsi ini semua. tapi aku tak daya. masing² terlalu sibuk dengan life masing². Sampai satu saat, teman ku perasan aku lain. Sume aku ceritakan. tak kisahlah kau siapa, aku perlukan kekuatan.

04.30am
Aku perlu tido. Semua dah aku siapkan. Cuma perlukan teman untuk aku pass semua ini. Baju aku perlu basuh. Mungkin lame aku balik kali ini. Aku perlu kemas semua. Esok, rumet2 ku juga akan pulang.

06.30am
.."tolong hantarkan keje² nih. saya dh siapkan part saya. saya penat. saya nak naik. kejap lagi saya bertolak balik. thanks a lot. bye"... pesan pada teman. itu saje yang aku mampu katakan. mungkin penat.

07.30am
.."Pakcik Muslim, sorry saya lambat. terminal yer pakcik".. teksi yang telah aku telefon seawal pagi. ini saje jalan yang aku nampak. aku bukan orang senang yang mampu terbang di saat genting ini. aku juga tiada sape yang nak diharapkan untuk ini semua.

08.15am
Bus yang ade 9.00 am. tanpa fikir panjang aku beli. sambil tunggu, ingat pesan teman yang jadi mangsa keadaan mendengar segalanya awl pagi semalam.. "jangan lupa breakfast".. walaupun tak daya, tak lalu.. aku telan juga roti canai, teh ais tu.. Hphone bunyi, aku cukup cuak. .."tiket pukul berapa".. "9 jap lagi".. "tak de yang lagi cepat?".."takde lah".. nada yang cukup wat batinku terseksa. aku tenangkan juga hati ini

09.00am
Perjalanan yang cukup lambat bagiku. Sekali lagi handphone aku berdering..
.." kat mane?"..
.."dalam bus. kenapa? abah macam mane?"..
.."takde ape, sampai nanti bgtau k"..
aku betul² tak sedap hati. ade yang disembunyikan. tak putus hati aku berdoa sama seperti tak putus air mata yang mengalir ntah sejak bila.

10.00am
handphone lagi...kali ini sms.. "redha yer mi"..
terus aku dail no. tu
.."kenapa ni? abah macam mane? tlg la cakap."..
.."doktor cakap abah dah takde harapan. apa jadi redha yer mi"..
Ya Allah.. tak tertahan lagi aku.. mungkin 1 bus lihat aku menangis.
sms ke -2.. "kat mane dah?.. mane tempat ley berenti cepat?".. "tol gombak"..
usaha aku mencari info teksi di tol gombak tidak ade hasilnye. aku nekad. turun disitu.

12.30pm
.."Pakcik, saya nak turun depan nih.." arah ku pada si driver bus.
.." kak, saya dah sampai tol.".. sambil aku menanti penuh harapan. Harap aku jumpe abah.

12.40pm
.."kau kat mane ni mi? tak nampak pun.."..
Ya Allah, makin tak tertanggung aku tekanan ini.

12.45pm
Ada kereta yang berhenti didepan ku. aku masuk. kakak ku dah menangis². Aku tak paham. Handphone disisi ku berdering.. "mi, abah dah takde..redha yer"..

Lemah. longlai. aku betul² tak berdaya. tangisan. jeritan. semuanya. aku tak sempat!

13.00pm
.."ayah saya dah takde".. hanya itu yang sempat aku hantar ke beberapa teman. aku tak mampu fikirkan ape² lagi. cukup disitu. hanya panggilan yang aku terima. tiada sebarang reply mesej yang berantai aku hantar. maaf kalian, aku perlukan kekuatan bukan soalan bertubi².

13.20pm
Jelas. Mak, kakak yang lain² sudah berada diluar bilik mayat. Keluar sahaja terus aku sujud dikaki mak ku. .."abah dah takde mi".. perasaan aku cukup haru-biru. air mata. kekesalan.semuanya.

melihat wajah arwah abah ku.. aku tak dapat menahan sebak. aku peluk, cium. terus memeluk meraung ke arah mak ku. ternyata. ini kenyataan. dan aku tak dapat menerimanya. semua yang ada mententeramkan ku.

Aku cuba gagahkan diri. berada didalam van jenazah, sampai kerumah. penuh minda ku harap semuanya lancar untuk penghormatan terakhir abahku.

14.00pm
Sampai saje rumah, penuh halamanku dengan jiran². dan aku? masih berpakaian tadi. itu dan ini. semua perlu dilakukan. aku cuba bertindak tenang. walaupun bacaan yasin ku cukup tak keruan.

15.30pm
Al-fatihah. dan ini penghormatan terakhir untuknya. cukup tenang wajah arwah. .."abah, saya minta maaf".. perkataan terkahir pada kucupan terakhir itu.

18.30pm
Selesai. Majlis Tahlil pada isyak nanti. aku cuba mencari kekuatan, cuba mencari seseorang utk aku kongsikan semuanya.. ternyata aku masih sendiri. Hanya tuhan yang tahu bagaimana tertekannya aku pada ketika itu. Aku Redha..

-Cukup disini aku akhiri. Tak tertanggung seksa untuk aku sambung. Tak tertanggung juga air mata yang mengalir deras ini.

Untuk Arwah Abah, semoga diampunkan segala dosanya. ditempat dikalangan orang² yang beriman disisi penciptaNya..


April 26, 2011

Kurangkan kontraversi, tingkatkan prestasi... kott

April 26, 2011

Hai Alls.

Ikutkan nak entry psl kejadian ad-hock tuh, tapi ade mende lain lak yg main roundabout kt dalam pale ni. hadoiii.. bule jammed nih.
Ouh.. perkataan per lagi nak cakap eyh. dah macam nak explain kat daun keladi jer. daun keladi pn pandai lentok² daun tanda paham. halamakkk..

Tak matang.. suke noo aku mama pinky n da brain brain ni kuarkan statement. memang kalau tak spare, strike la statement nih untuk orang itu. ape lagi bule nak dikatanyer kan. tak paham kott aku kenapa perlu nak sentap tak pasal². time gini lak nak kata aku tak guna. hadoiyaiii.. apakah.? kalau aku jawab kang kne kayu.. tak jawab kang kata tunggul lak. apakah pulak tuh?

Paham ker ape aku meraban ape nih.? its around us. korang pun ade. type jer lain². Ikutkan memang aku sentap jugak bace statement tak pasal² tuh kan, tapi aku cam tak heran. kott.. macam budak² aku nak gaduh tarik² rambut kan. hihihiii.. ntah pe la kau nak sebenarnye.

Ape pun.. happy tak semestinya bahagia. sape kenal aku kompem tau. alahaiii.. nampak happy pun salah. thanks kat beb. beb.. beb... beb.... yang aku ade sekarang. yang cukup paham kott ape yg aku lalui. thanks jugak kat member² lain yang cukup baik dengan aku.

Dah lah kott.. mati kan jer lah citer nih kat sini. aku citer panjang pun tak gune. still aku gak salah kan. even dah admit pun, tak leh accept. tak ley nak kata ape lah. aku tak pernah pun nak putuskan mane² persahabatan. Tuhan marah kot bermusuh sesama nih. tapi nak aku jadi macam dulu..? memang tak lah. manusia perlukan perubahan kan. dan tak salah kalau perubahan itu utk kebaikan sume. kemonnn.. dah 24 kot.!


adi0s. :)

April 24, 2011

Every night is a Friday night.

April 24, 2011



Hai Alls..
Ouh, semalam.. i like.! Lepas balik dari mabuk² semalam, terus tak larat tapak kaki, satu badan loll.. mabuk la sangat! muahahaaa.. mamai jer ok!

Ad-hock itu hebat.Geng Ngeng itu cool. Terserempak Paparazi itu jugak fun. Tak dan meet up dengan one of the beb jer yang agk damn. ouhh..

Ok. tunggu pix baru syiok bual panjang kan.
Ahaaa.. tunggu la yerp.


Adi0s.

p/s: cmne nak kuarkan angin dlm badan. wekk, rase nak muntah angin tak jumpe jln kuar lagi. -,-

April 21, 2011

S.r.A.i.Y.n.A.d.N.u.G

April 21, 2011

saya Sayang awak. tapi saya Rindu kamu juga.

Sayang,
dah setahun kan.
saya tengok awak ke sana sini.
buat itu ini. pergi sana sini.
saya ikutkan jer sebab saya nak awak happy.

Rindu,
dah setahun jgk kan kamu tinggalkan saya.
walaupun saya cuba kuatkan hati.
saya cuba terima kenyataan.
tapi kadang² saya kalah juga pada takdir.
ingatkan kamu mesti air mata saya mengalir.

Sayang tak sama macam Rindu.
Sayang lagi pentingkan orang lain dari saya.
Tak macam Rindu. garang
² Rindu pun tetap bela saya.

Kalau pegi dating,
Sayang selalu fikir ape yang dia nak jer.
Rambang mata, sana sini suma nak beli.
Saya tau awak Sayang saya, sebab tuh awak kejut saya lambat, lepas tuh pegi dah tergopoh gapah, balik melulu jer nak cepat.
Tapi kalau Rindu.
Awal
² Rindu dah kejutkan. Sebelum pegi, Rindu dah susun plan sana sini. Lepas siap sume, Rindu mesti ajak minum, hilangkan penat katanye.

Bile nak outstation,
Rindu tak kisah pun kalau saya pegi outstation. awal
² lagi mesti dah hulur duit suruh beli barang itu ini sebelum berangkat.
Sayang.?? belum
² dah pikir buruk sana sini, susah lah, tak payah pegi lah. Saya tau itu sume sebab awak Sayang saya kan.

Beza sungguh cara mereka fikirkan.
Saya tetap Sayang awak walau macam mane sekali pun.
Tapi saya cukup Rindu-kan kamu sangat
² walaupun saya tau kita takkan berjumpa lagi kan.

Untuk mereka yang aku sayangi..
Aku harap kalian bahagia...


Adi0s. -,-

Bual vs Private

April, 21 2011

Hai Alls..

Dulu blog nih jadi tempat aku bualkan semuanya..
Kadang² dari citer gaban aku bangun tido sampai nak tido balik..
Serius itu time yang amat amat amatttt membosankan kot.

Tapi sekarang bila nak bual kat blog.. macam ade gap pulak.
macam banyak benda yg tak telus (telus.??)..
banyak yang kne private.

Orang yang tak paham akan cakap..
"..eleh, nak cari publisiti ler tue.." atau
"..hurmm.. nak suh aku simpati ngan citer ko cakap jer la.."

Alahaii.. Hanya Readers dan Bloggers jer kott paham.. ape itu karangan.. sebnarnye.. huhu..













Adi0s :)

p/s: Colour Wave, cepat lah kata nak meriahkan blog. huhu. :)

April 19, 2011

Ape nak buat bile blackout.?

April, 19 2011

Hai Alls..

Angin sepoi² bahasa. terlebih sepoi sampai boleh tercampak anak buah aku berdiri tadi.
muahahaaa... yani
ouh yani.

Elektrik xde.. ape mau buat nih.? ouh.. tnb ku sayang, cepat lah datang.
macam aku tak pernah tau jer korang watpe skrg nih. huhuhu.. cepat².

Alahaii.. lately nih lame giler kott aku xentry post kan. bukan suke
². i tak curang ngan u ok blog. i cuma malas banyak jer. heheeee..

Ape pn.. last bulan 3 ritu aku baru abiskan training. campur smggu aritu report bagai.
Ha haa haaaa.. lepas tuh enjoy.! (tak sangat pun).

Alhamdulillah sakit aku pun dah pulih. dah ley main kejar
² dah.

Skrg ape yang aku ley buat, duk umah jer lah.. melayan hati yang lara nih. Ouh..sedih..

Takpe
².. harap ade hikmah sume tue.

Thanks sesangat kat kawan
² yang layan mud sedih aku tuh, yang bagi support, yang tolong dapatkan, yang tolong macam².

InsyaAllah, aku janji kat diri nih, aku tebus balik rase bersalah aku nih. harap
² cepat lah tuhan hantarkan kat aku superman amik aku jadi gf dia . pastu batman yang kejutkan aku pagi² pegi keje. sambil² tuh wonderpet dan rakan² yang tolong aku wat keje. lagi power rangers yang teman aku g bank tiap² akhir bulan. catwoman pulak teman aku g shopping. ultraman tolong jaga aku dari makhluk asing. wahhhh².. cukup la kau merepek.

Abang
² tnb ensem nampaknye tak muncul² lagi. hadoiii..

okeilah.. aku nak g sambung main teng teng nih. erkkk.. :)

adi0s.

April 17, 2011

jom aktif jadi blogger balik.!

April, 17 2011

Hai. Hai.. Hai...
Lame kan tak jumpe.
Ahaaa.. dah tukar template lagi dah..

Praktikal dah settle dengan heaven nya.
Report dah selamat aku ranapkan.
Badan dah selamat jugak direhatkan.
Duit pulak dah selamat dijolikan.

muahahaaaa...
everthing's settled.
laju noks.!

And now..
duduk goyang kaki.
keje.?? ouh sedih. jangan tanya dulu..
tunggu jadi kuli.
Bos² di luar sane, cepat lah bagi aku punch card.

6tahun kott belaja..
Nak gak rase jadi "cik engine"..

Jadi member
², meh lah melawat aku jugak kat http://wix.com/shakira_aimi/2119 .
Ok la setakat nih yer.

Adi0s. :)