February 13, 2009

sErAbUttttttt..

Justifikasi
::13 feb 2009::
:::02.10am:::

sye xtahu.. ape sudah jd ni??
mlm ni test power.. but i'm not study yet..

jiwa sye btul2 xtenang..
spt boom bru meletuupp..
spt sye bersalah pd sume org..
spt sye buat slh kt sume org..
spt sye pnca sume ini terjadi..

statement: sy btul2 tertekan.
++ tenang dlm derita-senyum dlm tangisan ++
sye tidak dapat menipu dri sy lagi...
izinkan sye berundur..
sekurang2nye kalian dpt lihat bahagia sye..
krna sy hnya bhgia bila org yg sye syg, org disekeliling sye bahagia..
kebahagian pling indah bg sye..
kebahagian pling sengal yg dicari dibuat oleh insan yg bernama manusia.

maaf pd semua yg mengenali sye..
maaf ats segalanya..
terima kasih ats budi baik kalian..

February 08, 2009

REUNION SSASianz 09

Reunion ex-SMKSAS bersama guru2 SMKSAS di Aim Point Hall pada 28 Mac 2009 jam 8.00 mlm.. untuk menghadiri sila dapatkan tiket Rm25 drpd cikgu sabariyah (012-2534391), tarikh tutup bayaran tiket pada 20 februari 2009.. forward kn sms ni pd ex-SMKSAS yg lain..

p/s: moh ler kawan2 sekalian..

ALUMNI
Smk Sultan Abdul Samad,
Telok Datok, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

February 05, 2009

PERANG MEMO

sy ngntuk sbnrnye tp after bkk memo, trus x ngntuk..
nk tau ape jd??

hehehe..

ringkasnye..sye forward je la eh memo2 tue..

Kedudukan UMP hampir tercorot

[MEMO DARI EN. ARIF RIZAN]-69 memo..tahniah!!
Oleh YULPISMAN ASLI
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 3 Feb. - Sikap segelintir pegawai dan kakitangan yang tidak berdisiplin menjadi salah satu punca Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan hampir tercorot di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim menegaskan, pihaknya kesal dengan sikap pegawai dan kakitangan terbabit yang lebih mengutamakan soal remeh temeh tanpa memberi perhatian kepada aspek kualiti.

''Ada pegawai dan kakitangan yang menjadikan majlis-majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di Kuala Lumpur atau di tempat lain sebagai keutamaan berbanding dalam universiti ini.

''Kita lebih kerap memberi perhatian kepada perkara yang remeh. Kadangkala lebih menitikberatkan protokol dan kedudukan," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahunan 2009 di depan kira-kira 4,000 warga UMP di kompleks sukan universiti itu di sini hari ini.

Teguran Naib Canselor itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar yang hadir pada majlis tersebut.

Daing Nasir menegaskan, terdapat pegawai universiti itu yang kurang mengambil berat hal ehwal pelajar selain tidak mementingkan masa.

''Peraturan yang dikenakan kepada pelajar juga tertumpu kepada perkara remeh-temeh berasaskan andaian dan buruk sangka.

''Kita lebih cenderung kepada perkara yang mudah seperti membuat peraturan ketat kepada pelajar sedangkan pegawai itu sendiri kurang selesa dengan perkara yang mencabar untuk meningkatkan kebajikan pelajar dan staf," katanya.

Menurutnya, kedudukan UMP di kedudukan hampir tercorot di kalangan IPTA di negara ini mengejutkan pihak pentadbiran universiti kecuali bagi 'mereka yang masih lena'.

Daing Nasir turut mengingatkan pegawai UMP supaya tidak 'syok sendiri' dalam menjalankan aktiviti seperti penerbitan sehingga kegiatan yang dilakukan tidak memberi impak kepada dunia di luar kampus.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap pegawai dan kakitangan UMP memberi nafas baru kepada slogan universiti iaitu 'kejuruteraan, teknologi dan kreativiti.'

''UMP memerlukan rekaan semula, berteknologi dan berinovasi. Nama UMP jelas telah memberikan kulit baru kepada universiti ini tetapi isinya masih jauh lagi dari sebuah universiti terkemuka dalam banyak aspek," katanya.




[MEMO SAMA DARI SAUDARA FAYUMMI] - 39 memo..teruskan usaha anda!!

---saya percaya mereka2 ini ter-click smpi 39/69 kali utk send memo..& sy tau kelembapan internet di UMP ni yer---

ape yg sy nk ckp ialah:
* sabar itu separuh daripada iman (x reti2 nk tggu ke)
* balasan kpd org yg kononye nk buat baik tp dgn hati yg jht. (pdn muka-1 UMP band korg_

kemudian memo2 susulan lagi yer...


[MEMO DRI SUFFI]- mantap!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Februari 2009 bertajuk ýKedudukan UMP hampir tercorotý,saya ingin melahirkan rasa dukacita tetapi optimis terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia. Sewajarnya,saya melihat perkara ini merupakan kepada titik tolak kepada transformasi UMP kepada universitI yang berfokus dan berdaya saing. Budaya kerja lama yang tidak efisien dan berkesan bagi semua warga UMP seharusnya diubah. Dalam teks ucapan Dato ý Naib Canselor,ada menyebutkan supaya warga UMP seharusnya berhijrah(berubah) kepada keadaan yang lebih baik. Saya ingin menjelaskan bahawa warga UMP termasuklah pegawai-pegawai tertinggi UMP,pensyarah-pensyarah,pegawai-pegawai,staff sokongan,staff kontrak,pekerja n pengusaha kafetaria,mak cik cleaner,pengawal keselamatan,dan yang terutama ialah seluruh mahasiswa mahasiswi yang saya kasihi.

Agen perubahan dan anjakan paradigma seharusnya kita bermula dengan setitis kesedaran dan selangkah usaha yang baik. Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 agak sedikit terkilan kerana semacam pihak Utusan Malaysia cuba memanipulasi ucapan Datoý NC tetapi saya yakin dan tetap optimis bahawa inilah bermulanya suatu arena perbahasan yang sihat mengenai peranan setiap warga UMP. Sudah sampai masanya mahasiswa mahasiswi UMP turut sama memikirkan usaha-usaha yang terbaik untuk membantu menaikkan martabat university yang kita cintai. Perkataan yang sesuai di sini ialah wujudnya ýSense of belongingý yang kuat dan tidak dipisahkan dengan fahaman fakulti semata-mata. Kita warga UMP dan kita patut bertanggungjawab keatas segala apatah lagi membabitkan nama baik UMP tidak kira kedudukan dan status kita.

Berhubung mengenai isu-isu panas yang menjadi buah mulut setiap warga UMP sama ada pensyarah ataupun pelajar,kami ingin menegaskan bahawa jangan membuat andaian dan intepretasi sendiri. Sewajarnya,sebagai contoh,isu ura-ura mengatakan ada kebenaran ýcoupleý di UMP, selama 6 tahun penubuhan dan kewujudan KUKTEM@UMP,apakah usaha warga UMP dapat membanteras gejala ýcoupleý? secara dasarnya,kita harus membangunkan universiti kita dengan acuan yang betul dan berkesan. Saya andaikan pembawa-pembawa mulut mengenai isu ini adalah tidak betul dan mengeruhkan lagi suasana. Definisi ýcoupleý juga wajar kita bahaskan secara ilmiah dan terbuka. Sudah sampai masanya kita bersikap realistik. Kewujudan university bukan untuk menghukum tetapi mendidik dan membantu kematangan mahasiswa.Ayuh,saya fikir masalah ini bukan lagi masalah tetapi membuka ruang kepada kita untuk berfikiran lebih bertanggungjawab. Bersikaplah lebih optimis sebagai tempat institusi ilmu yang berkesan. Sebagai sebuah institusi gedung ilmu, masih banyak ruang lingkup perkara yang seharusnya menjadi perhatian kita sebagai warga UMP

Isu harga, kualiti makanan dan masa operasi yang singkat bagi pihak cafeteria KK1 seharusnya menjadi agenda yang harus diketengahkan. Semua sedia maklum mengenai tahap dan mutu sebuah cafeteria apatah lagi di dalam university di IPTA. Soal-soal pokok seperti servis,harga makanan yang boleh dinaik dan diturun sewenang-wenangnya,keselarasan tanda harga masih menjadi tanda tanya. Selain itu, waktu operasi cafeteria yang terlalu singkat (waktu 10 malam makanan kebanyakan sudah habis dan kurang memberangsangkan) sehinggakan menjadi kepayahan bagi pelajar yang lapar di waktu malam. Saya penat dan lelah dengan segala alasan. Its time for us to act. Saya masih yakin dengan suara mahasiswa suara keramat masih boleh digunakan dan memainkan peranan win-win situation dalam setiap isu yang berbangkit.

Isu pengawal keselamatan dan ruang lingkup tugas.saya mendapat banyak aduan mengenai insiden motor,basikal dirantai apabila tersalah meletakkan di blok W. seharusnya perkara ini tidak berlaku.saya kesal kerana seharusnya ruang diplomasi masih boleh digunakan. Dengan kewujudan perpustakaan dan fakulti baru di sekitar kawasan di situ,saharusnya pihak pengurusan dan pihak keselamatan memikirkan kepayahan para pelajar untuk merujuk pensyarah dan buku rujukan.saya menegaskan bahawa isu rantai merantai tanpa ruang diplomasi harus dihentikan. Layanlah kami sama rata sebagai warga UMP. Saya merayu dan meminta dengan penuh ikhlas

Isu mengenai perpindahan notis 24 jam di blok Q,saya sekali lagi melahirkan rasa dukacita dan bersimpati kepada mahasiswa terbabit. Saya membaca memo perpindahan dan berasa kesal bahawa mahasiswa kita dilayan seperti orang tumpangan. Walaupun perkara ini telah berlalu,saya masih berasa bahawa mana-mana pihak yang terbabit perlu beranggungjawab dan sedar akan ketempangan kita mengurus penempatan. Notis 24 jam perpindahan adalah zalim dan tidak berhak mahasiswa UMP diperlakukan. Saya akan mengaturkan pertemuan dengan kadar segera kepada mahasiswa yang terlibat untuk diadakan suatu ruang perbincangan yang lebih jelas mengenai isu ini. Saya merayu supaya jangan sesekali perkara ini berlaku lagi kepada mahasiswa mahasiswi UMP.

Ayuh warga UMP,ayuh mahasiswa mahasiswi UMP,mari kita bersikap optimis bahawa kita cinta dengan universiti dengan berjuang sedaya upaya untuk menaikkan martabat universiti kita.Jangan bersikap salah menyalahi sebaliknya memandang setiap perkara sebagai peluang untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan di UMP. Walaupun apa yang terjadi,walau baik atau buruk,inilah satu-satunya institusi ilmu yang menjadi tempat kita bernaung. Usah retorik seperti katak di bawah tempurung,dibuai mimpi indah bahawa UMP hebat dan ulung,seharusnya kita perlu lebih realistik dan memandu hala tuju UMP kearah sebuah universiti teknikal yang diidam-idamkan seantero warga dunia.

P/s: kepada saudara Arif razin dan Fayummi,terima kasih atas 103 memo yang sangat bermakna. Saya percaya niat anda baik. Malah ada yang telah reply dan respon 103 memo anda itu. Nasihat saya mudah ,ýElakkan provokasi, mari kita tingkatkan prestasiý.

Sebarang respon,aduan,kritikan ,ketidak puas hatian sila tampil dan bertemu kami MPP UMP 08/09 atau boleh salurkan ke e-Aduan MPP pada eComm kita ya!





tp yg ni sbnrnye ak x puas ati..
[MEMO SUSULAN ARIF]-wajarkah kamu menjadi student UMP??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

sebelom tu aku nk minx maap dulu takot tekasa bahse, ayat xsedap.

terime kasih kat MOHD AIZAT FAIZ BIN MOHD YAZID yg sedokn kami.
klu boley tu,time anto memo td, tulis tros num tepon ngn id skali.xpon letak je gambo.

kami pon xtau jadik camnie.
kami xreti anto memo.
kami men tekan je.
sbb xtau tenet lembap.
igt xsend lg.
so tolong la paham eh wahai abg senior.

kami bukan mcm abg yg lbey berpengalaman menggunekan memo nie.
kami xde pon amek kelas blaja anto memo
so, paham2 lah kn tok sape yg bru try nk ber memo2 nie.

klu xmenjadi kesilapan, kami da anto memo minx maap.
kami bukan nye nk anto memo byk2 pon.
bukan bodoh sgt nk anto memo byk2(wlpon kami nie bodo wahai abg MOHD AIZAT FAIZ BIN MOHD YAZID)
kami nie bukan bebal sgt nk anto memo byk2(walaupon kami nie bebal wahai MOHD AIZAT FAIZ BIN MOHD YAZID)
dan kami nie xbeniat nk anto memo byk2 dan xde keje nk anto memo byk2 wahai abg MOHD AIZAT FAIZ BIN MOHD YAZID.


so, sy, nk minx maap byk2 pasal memo yg byk 2.
harap sume dpt maap kn kami, terutamenye yg reply memo tu dan juga tidak lupe kpd abg MOHD AIZAT FAIZ BIN MOHD YAZID.

so, sekian dan mohon byk2 kpd warge UMP dan juga abg MOHD AIZAT FAIZ BIN MOHD YAZID.

mohon maap juga kpd sape yg terase.

sekadar memberi respon atas memo yg terasa.

salam




apa yg saya nk ckp:
* bahasa apakah ini??
* tulisan apekah ini??
* kamu ini student UMP ke??sy sggup x mengaku..
* 3rd year student *A060**,,xtau gune memo lg?? atau x sabar nk mencapap??
* dari ape yg sye kaji, speed utk die menekan send kurang dpd 0.01 saat utk setiap memo.. (xcaye cube check)


kawan2.. jgn hanya menuding jari ke pihak lain..
tp cermin la diri kiter dlu (ckp ngn cermin ke?heheh.. chuckle)

sy bg cth mudah..memang dri zaman kuktem lagi terlalu byk garis panduan yg menghalang kiter utk aktif. rite?? situasi JHEPA, jbtn bendahari, unit sukan, PIPI, unit LI (bg mereka yg active, mereka akn phm ape yg sy mksudkan)..

and now ..pelan transformasi dri datuk NC..mcm2 perubahan di bawa.. ex: penari siswi..
act kpd mereka yg xtau lg.. polisi kebudayaan utk siswi tidak wujud..dulu2 tu hanya amalan.. konteks Islam, mmg dilarang rite?? but kiter perlu juga pikir konteks kehidupan & hak asasi sbg individu yg bergelar manusia..

and now..tuding menuding jari.. sape salah?? kiter sume salah..
knape kiter??
student UMP, cuti buat ape?? tido dlm bilik, main game, skype, outing, rite??
ade kamu peduli aktiviti2 yg pelbagai pihak buat??

tepuk dada tnye hati!!

apa yg penting..i'm happy all of this happen??
but why??
bg saya ini la titik mula utk warga UMP sedar..bangun la sume.. x malu ke jd yg tercorot??

February 03, 2009

UQP 2011: KAUNSELOR SISWA

Berikut merupakan jawapan yg Ust Yunan tanye on last week:

??KLU ADE MSLH KAMU AKAN CERITAKAN PD SIAPE??
+_+ ermm.. pd diri sendiri, itu yg terbaik..huhu=)

??KLU KAMU TENSION,KAMU BUAT APE??
+_+ depends..sy akn buat ape yg sye suke..masa ni la sye akan puaskan diri sy.. hehe.. pling teruk pn, sy akn cmpk ape2 je bring yg ade dkt dgn sy, then nangis bwh bantal smbil jerit kuat2 tnpa suara..(pnjgnye jwpn)
+_+ tp sye suke cre yg utz Yunan bgtau, that is Boxing!!!..

??KENAPA X CERITE MASALAH PADA MAK @ AYAH??
+_+ bg sye, mslh itu terlalu remeh..xperlu sye nk menyusahkan pikirannye.. selain jarak usia yg teramat jauh..

??PADA KAMU, APA ITU BAHAGIA??
+_+ b.a.h.a.g.i.a... sye akan bahagia bile mane org2 yg sye syg, org2 disekililng sye bahagia..itu bahagia yg sye cari.

??APA YANG KAMU CARI DALAM HIDUP??
+_+ sye cri diri sy, kehidupan sy & k.e.t.e.n.a.n.g.a.n..

??APA MASALAH YANG BEGITU BESAR DALAM DIRI KAMU SAMPAI IA BERI EFFECT SMPI SKRG??
+_+ perlu ker sye ceritekan??

??PERNAH MENDERITA YANG TER-AMAT??
+_+ yup..sy bru melepasi zaman kegelapan.. mengharapkan tahun ini ade sinar baru dlm hidup sy.. .::sAhAbAt::. penderitaan itu buat sye bgun & terus bangun. it's beginning 4 my journey.. thanks for someone yg pernah menjadi bes-fren..

??APA ERTI HIDUP BAGI KAMU??
+_+ it's too subjectif to answer it.

??KESIMPULANNYA??
+_+ sy begitu kompleks.. hnya org yg benar2 mengenali diri sy yg akan phm sy. even my ex-besfren did not know me at all.. hanya tuhan yang tahu..

p/s: hihi..jawapan bule pulak kuar kt blog yer.. daa..mau mandi =)